Masih segar lagi kekalahan pasukan Harimau Malaya di tangan Gajah Perang dengan dibolosi dengan dua jaringan tanpa balas (agregat 3-1). Dengan kekalahan ini maka berakhirlah cabaran Malaysia dalam Piala AFF Suzuki 2012 sekaligus kehilangan mahkota kejuaraan yang dimenangi pada edisi 2010. Tahniah kepada pasukan negara kerana tetap menjadi pasukan 4 teratas dalam edisi kali ini.
Kali ini aku tak mahu membincangkan tentang siapa yang patut dipersalahkan tentang perlawanan separuh akhir ini kerana aku yakin paling kurang pon separuh rakyat Malaysia telah menyaksikan mutu permainan serta dapat membuat kesimpulan mereka sendiri berkenaan perlawanan tersebut.
Sepanjang kejohanan ini berlangsung, setelah pasukan Harimau Malaya mengharungi 5 perlawanan sehingga peringkat separuh akhir, prestasi pasukan tidak banyak berubah sejak memenangi Piala AFF Suzuki 2010. Namun pasukan jiran tetangga seperti Filipina, Thailand, Laos dan lain-lain menunjukkan peningkatan yang memberangsangkan.
Bagi akulah, kalau pasukan Harimau Malaya ingin maju serta ingin mempertingkat kualiti permainan, jurulatih terutamanya perlu menukar strategi pemilihan pemain yang diamalkan sehingga kini yang mana pemain yang sama sahaja dipanggil mewakili pasukan negara tanpa mengira prestasi semasa pemain tersebut.
Seharusnya pemain-pemain yang berada dalam ‘prestasi puncak’ sebagai contoh para pemain dari pasukan juara liga mahupun yang berjaya menjadi penjaring terbanyak perlu dipanggil mewakili negara. Jika dilihat pasukan sekarang, pemain yang beraksi untuk pasukan yang turun liga juga turut dipanggil mewakili negara.
Untuk bola sepak moden juga, istilah ‘anak emas’ dalam sesebuah pasukan negara sudah tidak relevan. Dato’ RG perlu berani merehatkan mana-mana pemain yang tidak konsisten agar mereka dapat menilai kembali prestasi mereka dan berusaha mempertingkat mutu permainan yang sebenar.
Kapten negara misalnya bagi aku hanyalah penumpang di dalam pasukan. Mana taknya, kelibat beliau hanyalah dapat dilihat ketika situasi bola mati dan juga sesi lambungan syiling sebelum permainan bermula disamping beberapa kesilapan yang membawa padah seperti kesilapan semasa pertemuan menentang Laos tempoh hari.
Aku berharap walaupun pasukan negara gagal untuk mempertahan Piala AFF Suzuki pada tahun ini, skuad negara dari barisan pemain sehingga kepada barisan kejurulatihan akan terus berusaha untuk memperbaiki prestasi pasukan negara agar dapat terus memberikan saingan kalau tidak di peringkat dunia atau asia sekalipun di peringkat ASEAN ini Harimau Malaya akan menjadi pasukan terkuat dan menjadi igauan negara-negara ASEAN yang lain.
Para penyokong layak menerima pujian kerana menunaikan tanggungjawab mereka dengan memberi sokongan yang tak berbelah bahagi kepada pasukan negara. Ada yang sanggup bergolok-bergadai untuk menyokong pasukan negara tak kira di mana pasukan negara bermain hingga ke Bangkok. Pasukan negara cukup bertuah mendapat penyokong yang terus menyokong pasukan kerana walaupun mereka mengkritik namun perasaan sayang terhadap pasukan masih mengatasi kritikan yang dilemparkan.
Dan paling penting sekali, yang duduk di kerusi empuk paling atas FAM tu bolehlah bawa-bawa letak jawatan. P.F.S.L.J!
p/s: panjang berjela.kah kah kah


hehehehe luahan beb…biasa la tu..kalah menang adat permaian..tapi betul kata bro tempo, tentak permaian mmg tan banyak perubahan lagi la dr segi taktikal…bagi aku taktikal coach masih sama tiada perubahan….masih percaya org dia hehehe..:)
budak felda recently posted..Samsung Galaxy SIII Menjadi Pilihan
‘Saya kenal pemain saya’. Ayat RG yang memakan diri. hehe
Harimau Malaya Menang

sendiriDOTnet recently posted..Harimau Malaya Menang
Sejujurnya, saya tidak ada sebarang masalah dengan taktikal yang dilakukan oleh Dato K. RG.. kalau yang FAM tu saya setuju sangat2.

shraqs recently posted..Masalah Kemaskini WordPress 3.5
Yang FAM tu rasa nya yang tu je belom tukar lagi. cuba try sekali tukar macam mane.